Ja`afar Othman

Maklumat Diri
Asal
Bukit Tambun Durian Tunggal

Ja'afar Othman merupakan Perunding Kimia Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Beliau berkelulusan Ijazah Sains Gunaan Kimia Analisis Universiti Sains Malaysia (USM).

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-15, beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) N09 Durian Tunggal.

Fokus utama beliau di kawasan itu adalah isu banjir dan masalah kesesakan di pekan Durian Tunggal.

Ja'afar menghadapi pertandingan empat penjuru di DUN tersebut di mana lawan-lawannya ialah Zahari Abd Kalil dari Barisan Nasional (BN); Datuk Sofi Wahab dari Pakatan Harapan (PH) dan calon Bebas, Erfan Mahrilar.


 

Pencapaian
Kerjaya:
  • Perunding Kimia Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Penglibatan sosial:

  • Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Na’im
Pendidikan:
  • Ijazah Sains Gunaan Kimia Analisis, Universiti Sains Malaysia.
Penglibatan Politik
Manifesto:
Parti Gabungan: Parti Perikatan Nasional
Parti: PAS
Pilihan Raya Umum Terbaru: PRN DUN Melaka

Kerusi Bertanding PARLIMEN: Tiada
Kerusi Bertanding DUN:
  • PRN DUN Melaka- P135 Alor Gajah N9 Durian Tunggal